Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan Setiausaha Tetap (Dasar Dan Keugamaan)

Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang

Timbalan Setiausaha Tetap​

Yang Mulia Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang lahir pada 4hb Jun 1966.  Beliau mendapat Ijazah B.A. Usuluddin (Aqidah Wal Falsafah) dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1990 dan menerima Ijazah  Sarjana Muda LLB Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.  Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Azizah Binti Haji Mohamad dan dikurniakan lima orang cahayamata.

 

Pengalaman Bekerja:

 

Mula berkhidmat dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Mac 1990 sebagai Pegawai Ugama selaku tenaga pengajar di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan Ma’had Islam, Tutong Brunei.   Pada tahun 1991 bertugas di, Pusat Da’wah Islamiah. Pada 1 Januari 1995 menjadi kadi Daerah Temburong.  Pada 3 Januari 2000 dilantik sebagai Pegawai Ugama Kanan dan seterusnya menjadi Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan syariah pada 1 September 2003.  Pada 1 Oktober 2003 dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Kehakiman Negara Jabatan Perdana Menteri.  Pada 1 Oktober 2005 beliau dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.

 

Pada 1 Ogos 2008 dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri sehiggalah beliau dilantik sebagai Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 16 Februari 2016.  Pada 31 Januari 2018 beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama hingga sekarang.

 

Pengurniaan:

 

Di sepanjang perkhidmatannya, Beliau telah dikurniakan pingat-pingat dan bintan-bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (S.U.B.) pada Ogos 2004, Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) pada 15 Julai 2008, dan Pingkat Kerja Lama pada 4 Jun 2014.