Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Petikan Al-Qur'an

Manage PermissionsManage Permissions

Orang Bertaqwa

TafsirNya: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib (yang tidak kelihatan oleh mereka seperti hari kiamat, syurga dan neraka), dan mendirikan sembahyang dengan sempurnanya dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami telah kurniakan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan (al-Quran) kepadamu (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) dan (beriman pula dengan) apa yang telah diturunkan (kitab Taurat, Injil, Zabur) kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu dan mereka penuh yakin akan (adanya) Hari Akhirat. Mereka itulah yang beroleh hidayah daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah yang akan mendapat kemenagan (dengan dimasukkan ke dalam syurga dan selamat dari seksa neraka). (Surah al-Baqarah ayat 3-5)
Attachments