Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

BORANG TAWARAN BAGI PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT MENENGAH DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2023M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7) di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 2023M bermula pada 13 Jun 2022M.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

1.Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap;

2.Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government linked Companies di Negara Brunei Darussalam), boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut;

3.Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1 Januari 2023 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2022;

4.Lulus dengan memperolehi pangkat ’C’ dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya;

5.Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

6,Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian;

7.Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfzi Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

8.Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Borang-borang bolehlah diperolehi di Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, bermula 13 Jun 2022M atau di muat turun melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu www.kheu.gov.bn.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah bermula 8 Ogos 2022M hingga 13 Ogos 2022M semasa waktu pejabat iaitu (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang) ke alamat:

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,

Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam

Borang-borang hendaklah dihantar TANPA menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan dikeluarkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui nombor telefon 2222090/2222093/2222096 sambungan 234/ 230/ 206.


-Poster

-Borang Tawaran Permohonan

 

Attachments