Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

QIAMULLAIL RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bagi meraih ganjaran pahala pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah dengan menyertai Qiamullail Ramadhan Anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Qiamullail Ramadhan akan berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada awal pagi hari Jumaat, 27 Ramadhan 1443H bersamaan 29 April 2022M, mulai jam 2.30 pagi.

Acara utama Qiamullail Ramadhan ialah Sembahyang Sunat Tasbih berjemaah dan Doa Munajat.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai dengan membawa bersama keluarga (kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir).

Buku ‘Panduan Melaksanakan Qiamullail’ akan diberikan secara percuma kepada jemaah yang hadir. Jamuan sahur (packed food) juga akan disediakan.

Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, para hadirin hendaklah mematuhi garispanduan hadir ke masjid, iaitu mendaftar masuk menggunakan aplikasi BruHealth dan mendapat kelulusan kod hijau atau kuning, digalakkan berwudhu sebelum ke masjid, memakai sungkup muka, membawa tikar sembahyang bersaiz besar, membuat pemeriksaan suhu badan, digalakkan mensanitasi tangan, tidak bersalam-salaman, dan mengamalkan penjarakan fizikal. Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesma, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak hadir.

QIAMULLAIL RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Aturcara

Attachments