Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PENDAFTARAN SMS BAGI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN PRA-SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI [PRA-STPUB] DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI [STPUB] TAHUN 1440H/ 2019M

‚ÄčKementerian Hal Ehwal Ugama melalui Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) akan membuat pengumuman keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) Tahun 1440H/ 2019M melalui penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS).

Anda boleh mendaftar secara atas talian (On-Line) atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai hari Jumaat, 17 Januari 2020, pukul 2:30 petang.

1) Untuk mendaftar perkhidmatan SMS, Sila taip:

KHEU[jarak]REG[jarak]NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN[jarak]NOMBOR INDEKS CALON[jarak]NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR

Contoh: KHEU REG SA111 0101 00-000000

Kemudian hantar ke 8885555 (DST) atau 38666 (PCSB) 

2) Untuk mendaftar secara atas talian (On-Line), sila klik pautan berikut:

PENDAFTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PRA-STPUB DAN STPUB 1440H/2019M

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

Melalui perkhidmatan ini nanti, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun 1440H / 2019M secara individu dengan lebih cepat dan tepat. 

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn. Bhd. melalui e-mel: mach@machbrunei.com.  

Attachments