Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENUTUP INDUKSI KEPIMPINAN AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI KUMPULAN BELIA MASJID SESI 2022-2024

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Kiarong, Ahad, 09 Muharram 1444H bersamaan 07 Ogos 2022M–Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Kumpulan Belia Masjid adalah terdiri daripada para beliabelia masjid yang aktif di masjid masing-masing. Sehubungan dengan ini, sebagai seorang pemimpin, mereka sudah setentunya memerlukan keyakinan diri, bimbingan serta panduan agar dapat menjadi seorang AJKT yang baik dan berwibawa. Dapatan yang bakal mereka perolehi dari induksi ini diharap dapat membantu meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran mereka sebagai seorang AJKT dan Ketua Unit masing-masing.

Berikutan itu para Pembimbing Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia Masjid dan penasihat-penasihat dari Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengadakan Induksi Kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Kumpulan Belia Masjid Sesi 2022-2024. Acara berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk membina potensi dan meningkatkan kemahiran mengurus dan memimpin agar dapat mengendalikan sesuatu aktiviti ataupun majlis dengan berkualiti dan berkesan. Disamping untuk menambah sikap bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan dedikasi. Acara ini juga bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang dapat menjadi ‘Role Model’ kepada belia-belia lain, berwibawa, kreatif, inovatif dan bertoleransi serta berfikiran mantap dan cekap dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan. 

Induksi yang berlangsung selama sehari tersebut diisikan dengan aktiviti kepimpinan, sesi perbincangan, motivasi dan sebagainya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.



Attachments