Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

CERAMAH DAN WALKATON ILAL HIJRAH 1444H BELIA DAN BELIAWANIS MASJID

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Batong, Ahad, 09 Muharram 1444H bersamaan 07 Ogos 2022MJabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara dan Kumpulan Belia Masjid (Syababul Raudah), Masjid Jefri Bolkiah, Kampong Batong telah mengadakan acara Ceramah dan Walkaton Sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah petang tadi. Acara berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah, Kampong Batong, Daerah Brunei Muara.

Acara diadakan adalah bagi mengenang segala peristiwa hijrah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta mendedahkan kepada belia dan beliawanis peristiwa yang membawa kepada penghijrahan agar dapat membuka minda belia betapa pentingnya hijrah dan kebaikan pada peristiwa hijrah itu. Disamping mendekatkan diri belia dengan masjid, acara ini juga dihasrat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim belia dengan masyarakat.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Juffle bin Haji Mega, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Semoga dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat menjadikan masyarakat yang mengamalkan kehidupan yang sihat khasnya kepada belia dan beliawanis masjid.



Attachments