Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE-47 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN (Khas Untuk Wanita Kali Ke-III)

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Negara Brunei Darussalam, Hari Sabtu, 09 Muharram 1444H bersamaan 06 Ogos 2022MMalam Munajat dianjurkan pada malam tadi untuk kali ke-47 oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Pendidikan dan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara tersebut merupakan kali ke tiga (III) seumpamanya dianjurkan Khas untuk Wanita. 

Kaum wanita tidak terkecuali menanai tanggungjawab dalam sama-sama berganding bahu menangani wabak OVID-19 daripada semakin berleluasa. Antaranya, turut serta bermunajat secara maya. Ini dapat disaksikan dengan penyertaan dan pimpinan dari kalangan warga kerja Wanita daripada Kementerian-Kementerian iaitu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kumpulan-Kumpulan Muslimah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Pusat Pembangunan Belia; serta dari Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan juga Kumpulan Muslimah Masjid-Masjid. Jemaah wanita tersebut bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin serta berzikir memuji keagungan Allah dan merafa’kan doa beramai-ramai secara serentak semoga rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala, serta dijauhi daripada sebarang musibah yang tidak diingini.

Turut menyertai Malam Munajat ke 47 dan kali ke III Khas untuk wanita ini ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi. isteri Menteri Hal Ehwal Ugama; isteri Setiausaha Tetap, isteri Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan warga kerja wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara Malam Munajat secara maya dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah AlFatihah dipimpin oleh Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dari Bilik Mesyuarat Virtual, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Malam Munajat Khas Wanita Kali ke III diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan dari Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

Bagi memohon keampunan dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala agar Negara Brunei Darussalam terhindar dari bala bencana serta penyakit merbahaya khususnya COVID19, Doa Munajat dibacakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama pegawai-pegawai wanita Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Acara turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Hijrah Itu Mudah, Yang Penting Istiqamah’ disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Syuhaidah binti Haji Mohd Yusoff, Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Da’wah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Ugama Bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Kumpulan Muslimah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pusat Pembangunan Belia dari Surau Pusat Pembangunan Belia 

Bagi memberkati lagi acara, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Masjid Kampong Tanah Jambu Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama secara berterusan mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan di samping amalan kebiasaan yang lazim dilakukan dengan mengikuti Malam Munajat pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) secara maya dari kediaman masing-masing.




Attachments