Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MALAM MUNAJAT MINGGU KE-41 ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, Sabtu, 25 Zulkaedah 1443H bersamaan 25 Jun 2022M–Doa adalah senjata orang mukmin. Selaku umat Islam, kita adalah sangat-sangat dituntut memperbanyakkan berdoa dan memohon keampunan serta memunajat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Justeru itu, program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah dihasrat untuk mengajak sama orang ramai bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin serta membasahi lidah berzikir memuji keagungan Allah dan merafa’kan doa beramai-ramai secara serentak semoga rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya, khususnya wabak COVID-19.

Program Malam Munajat bagi minggu ke-41 secara maya pada malam tadi telah menyaksikan penyertaan warga kerja dari Kementerian Pendidikan bersama keluarga masing-masing. Juga menyertai acara tersebut ialah jemaah dari masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara.

Bersama menyerikan Malam Munajat ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Juga menyertai Malam Munajat tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Acara Malam Munajat dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan. Diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia PengiranMohammad Daud bin Pengiran Matassan, Pegawai Ugama Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA) dari Surau Asy-Syafi’i, UNISSA.

Bagi memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta‘ala agar Negara Brunei Darussalam terhindar dari bala bencana serta penyakit merbahaya khususnya COVID-19, Doa Munajat dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, dari Masjid Kampong Lambak, Berakas.

Acara juga diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Tarbiyah Di Sebalik Ibadah Haji’ disampaikan oleh Yang Mulia Haji Md Syahiran bin Haji Md Sofian, Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, dari Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Jangsak.

Selesai tazkirah, Bacaan Asma’ul Husna dan Selawat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Zainuddin Shah bin Talip, Ketua Unit Rohani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dari Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Bagi memberkati lagi acara, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Pulaie, dari Masjid Kampong Pulaie.

Juga menyertai Malam Munajat tersebut ialah Yang Mulia Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; dan Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Orang ramai boleh menyertai Malam Munajat dari mana jua berada pada setiap hari Sabtu, malam minggu dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Da’wah Islamiah @pdi_kheu.








Attachments