Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PEMERGIAN PENERBANGAN KEDUA JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE TANAH SUCI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1443H/2022M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Khamis, 16 Zulkaedah 1443H bersamaan 16 Jun 2022M–Penerbangan kedua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak hari ini meninggalkan Negara Brunei Darussalam jam 10:01 pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4203. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 2.30 petang waktu tempatan.

Penerbangan kedua membawa sejumlah 206 orang bakal jemaah haji iaitu 95 orang lelaki dan 111 orang perempuan yang mengikuti Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad. Mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan kedua ini ialah 7 orang Pegawai Perubatan Pejabat Urusan Jemaah Haji yang terdiri dari 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan serta pegawai Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat dan lafaz Azan dilaungkan oleh Yang Mulia, Begawan Mudim Awang Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan isteri.

Juga hadir Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abd Hamid, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi ke II, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Darussalam Holdings Sendirian Berhad; Yang Mulia, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Isteri; Tuan Yang Terutama, Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi Ke Bandar Seri Begawan; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Isteri; Yang Mulia, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) dan isteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Pengarah Urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.



Attachments