Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM PERINGKAT NEGARA DAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444 HIJRAH

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Khamis, 11 Syawal 1443H bersamaan 12hb. Mei 2022M–Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC), Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Agenda mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan format sambutan, pengisian aturcara, tema sambutan, tarikh dan tempat mengadakan majlis serta perkara-perkara yang berhubungkait dengan Sambutan Majlis Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1444 Hijrah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah.

Adalah menjadi harapan Pihak Jawatankuasa agar Sambutan Majlis Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1444 Hijrah lebih teratur dan sempurna, sambutan diisi dengan acara yang bermanfaat yang boleh mengasuh dan memupuk semangat cintakan Allah, cintakan RasulNya, cintakan agama dan raja di kalangan seluruh rakyat dan penduduk dan seterusnya menambahkan lagi keimanan kepada umat Islam khususnya di negara ini.


 

 

Attachments