Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KETERANGAN MENGENAI PRODUK TERIYAKI MARINADE JENAMA MASTERFOODS

Bandar Seri Begawan, Isnin, 29 Muharram 1443H bersamaan 07 September 2021M–Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Hal Ehwal Syar’iah baru-baru ini telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai Produk Teriyaki Marinade jenama Masterfood iaitu sebuah produk pengeluaran Negara Australia yang didapati dijual di salah sebuah pasaraya di Negara ini. Setelah dihubungi Syarikat pengeluar Mars Food Australia, syarikat itu mengesahkan bahawa produk tersebut tidak disahkan halal kerana mengandungi bahan ramuan iaitu sejenis alkohol (minuman keras) jenama “Sherry” di dalam produk tersebut.

Dalam menangani perkara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah telah menegaskan supaya produk tersebut diasingkan dengan serta merta dari tempat penyimpanan umum dan diletakkan di tempat atau ruangan ‘Non-Halal’. Semua pengimpot, pasaraya dan kedai di Negara ini juga dinasihatkan supayamelakukan tindakan pengasingan dengan serta-merta jika terdapat produk yang sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga ingin mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di Negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasaraya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal tidak bercampur dengan yang tidak halal. Ini demi menjaga maslahat masyarakat Islam di Negara ini dari terjebak mengambil dan menggunakan produk dan barang gunaan yang tidak halal.

Disamping itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung perkara tersebut dan bagi orang ramai yang ingin membuat pengaduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka di premis-premis perniagaan bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah.

 

Attachments