Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERUBAHAN TARIKH-TARIKH BAGI PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AWAM PERSEKOLAHAN ARAB DAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB TAHUN 2021

Selasa, 08 Muharram 1443H bersamaan 17 Ogos 2021M–Berikutan situasi jangkitan COVID-19 pada masa ini dan sebagaimana nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan di dalam sidang media situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 07 Ogos 2021, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengambil perhatian mengenai langkah-langkah pengawalan bagi sama-sama membendung penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama telah membuat ketetapan bagi penangguhan pelaksanaan peperiksaan bertulis bagi peperiksaan-peperiksaan awam persekolahan Arab dan Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab yang dikendalikan oleh Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei [LPPUB]) seperti berikut:

Bil

Nama Peperiksaan

 

Pelaksanaan Peperiksaan

 

Tarikh Asal Tarikh Baharu

 

1Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB)

19 Ogos –

08 September 2021

22 November –

13 Disember 2021

2

Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-

STPUB)

19 Ogos –

09 September 2021

 

Disember 2021 /

Januari 2022

 

3Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB)
4Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab (PCKSA)27 & 29 Ogos 2021

24 & 26 September

2021

 

Sehubungan dengannya, pihak Urus Setia LPPUB sukacita memohon kerjasama dan jasa baik pihak sekolah untuk menasihat dan mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan-peperiksaan berkenaan supaya terus membuat ulang kaji dan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan, di samping terus mengikuti apa jua nasihat dan saranan pihak Kementerian Kesihatan.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan peperiksaan awam bagi persekolahan Arab tersebut adalah masih tertakluk jua kepada perkembangan jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan sebarang perubahan tarikh dan maklumat mengenai peperiksaan-peperiksaan di atas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah dirujuk ke Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam melalui emel peperiksaan@jpi.edu.bn.

Attachments