Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1442H/2021M (HARI KEDUA)

BANDAR SERI BEGAWAN, 28hb. Syawal 1442H bersamaan 09hb. Jun 2021M, Rabu–Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M diteruskan lagi dengan seramai tiga orang qari dan tiga orang qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi hari kedua Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M, yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman beserta dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Musabaqah kemudiannya dimulakan dengan bacaan Al-Quraan dari 3 orang peserta dan 3 orang peserta qariah.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah seterusnya berangkat meninggalkan Majlis setelah selesai bacaan enam orang peserta bagi malam kedua.

Majlis berhenti rehat dan akan disambung pada hari ketiga dengan Majlis Pengumuman Keputusan bagi menentukan Johan Qari dan Qariah Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M akan diadakan esok hari (Hari Khamis malam Jumaat), 10hb Jun 2021M di tempat yang sama bermula jam 7.30 malam.

Tema Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1441H/2020M ialah “Al-Quran Asas Dan Pemangkin Pembangunan Negara”.

 

Attachments