Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KESIAPAN RUMAH PROJEK BANTUAN PERUMAHAN GOLONGAN DAIF, FAKIR DAN MISKIN

MATA-MATA, Selasa, 26hb. Syawal 1442H bersamaan 08hb. Jun 2021M-Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sentiasa berusaha memeduli meringankan kesulitan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang-orang daif, fakir dan miskin dan yang memerlukan bantuan dalam memelihara kesejahteraan dan kebajikan mereka terutama bagi memenuhi hasrat mereka untuk memiliki tempat tinggal yang lebih baik, selesa dan selamat untuk berteduh.

Sehubungan dengan itu, pada hari ini berlangsung satu Majlis Penyerahan Sijil Kesiapan Rumah Projek Bantuan Perumahan Golongan Daif, Fakir dan Miskin kepada Dayang Misbah binti Hj Osman, beralamat di No: 25, Simpang 52-55-30 Jalan Mata-Mata, Kampong Mata-Mata, Mukim Gadong. Kos pembinaan berjumlah $100,508.33.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Selaku Ahli Majlis Ugama Islam dan Selaku Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat, Majlis Ugama Islam.

Pembinaan rumah ini adalah hasil kerjasama bersepadu dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya skim agihan zakat bagi pembinaan rumah ini akan dapat meringankan beban kehidupan mereka yang lebih sempurna dan lebih selesa dalam  melaksanakan ibadah dan menyuntikkan  lagi semangat penerima terus berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dimasa-masa akan datang. Semoga para Asnaf  Fakir Miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah Subhanahu Wata’ala dan menjauhi segala laranganNya.


Attachments