Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

SUMBANGAN BANTUAN HARIAN MELALUI PROJEK FATHUL BARAKAH 2.0

TUTONG, Isnin, 22hb. Sya’aban 1442M bersamaan 05hb. April 2021M-Kebajikan muallaf di Negara ini terus diberikan perhatian oleh pelbagai pihak yang berkepentingan terutama Pusat Da’wah Islamiah (PDI) dan Persatuan Muallaf  Seluruh Negara.

Dalam usaha untuk terus memeduli dan memberikan perhatian kepada muallaf di Negara ini, PDI melalui Projek Fathul Barakah 2.0 meneruskan lagi penyerahan bantuan berupa keperluan harian ke rumah-rumah muallaf warga emas dan yang mempunyai masalah kenderaan yang menetap di Kampung Kandang Serambangun dan Kampung Penabai, Daerah Tutong.

Hadir selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian tersebut ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Haji Azman bin Haji Musa dan Pemangku Ketua Unit Da'wah Daerah Tutong, Awang Muhammad Zaim bin Haji Awang Ali.

Hasil bantuan melalui Projek Fathul Barakah 2.0 ini diharap akan dapat meringankan beban para muallaf dalam melaksanakan ibadah puasa yang akan datang dengan selesa di samping menjalani kehidupan seharian.

Secara keseluruhan projek ini diadakan, seramai 120 keluarga muallaf yang memerlukan di seluruh negara telah menerima sumbangan keperluan harian.

Attachments