Temburong, Sabtu, 1hb Rejab 1442H
bersamaan 13hb. Februari 2021M-Bersempena dengan sambutan Hari
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-37 bagi tahun 2021. Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Masjid dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar,
Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Syarahan Khas yang bertajuk Bendera
Dalam Sirah Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Acara tersebut
berlangsung di masjid berkenaan.
Menyampaikan Syarahan Khas pada malam
tersebut ialah Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Yang Mulia
Dr. Haji Adanan bin Haji Awang Besar.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah
untuk menyatakan betapa pentingannya bendera dalam memperlihatkan identiti
sesebuah negera. Selain itu menjadikan bendera negara lambang kekuatan,
keunggulan dan kedaulatan sesebuah negara seterusnya mentaati perintah raja dan
negara dalam sama-sama menaikkan bendera negara agar keunggulan negara tidak
akan dipijak, dibiarkan dan dihina. Acara ini juga bertujuan sebagai salah satu
aktiviti syarahan dlm memakmurkan masjid.
Acara seumpama ini seterusnya akan
berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri pada Hari Ahad, 14
Februari 2021 selepas menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Orang
ramai adalah di alu-alukan untuk hadir bagi sama-sama mendengar syarahan khas
tersebut.
