Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS DOA KESYUKURAN HAFLUT TAKHARRUJ KALI KE LAPAN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1442H/2020M

BSB, Khamis, 03hb. Rabiulakhir 1442H bersamaan 19hb. November 2020M–Para graduan Haflut Takharruj Kali Ke-8 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang menamatkan pengajian baru-baru ini diraikan dalam Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Bilik Sepakat 4, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan selaku Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir di majlis tersebut adalah ahli-ahli Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA); Yang Mulia Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementrian Hal Ehwal Ugama, serta Pengarah-pengarah, Jemputan-jemputan khas, Pemangku Pengetua, Timbalan-timbalan Pemangku Pengetua, Pensyarah-pensyarah, Pegawai-Pegawai, guru-guru dan graduan-graduan yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Dr. Sheikh Mutia, Pensyarah Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Ali Sabri bin Haji Yusof, Timbalan Pengetua Pengajian DAQ Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan selaku Penolong Setiausaha Bersama Majlis Haflut Takharruj Kali Kelapan dan diikuti dengan ucapan dari wakil graduan, Awang Mohammad Sabiq bin Haji Sulaimn.

Acara kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Cemerlang Diploma ‘Aliyah Qiraat dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penaja dan kepada Ahli Jawatankuasa Haflut Takharruj Kali Kelapan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan selaku Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Anugerah Pengerusi Lembaga ITQSHHB diberikan kepada Awang Muhammad Hisyamuddin bin Haji Mahadini; Anugerah Timbalan Pengerusi Lembaga ITQSHHB diberikan kepada Dayang Syarfa' Syazwani binti Haji Mohammad Hamzani; Anugerah Pengerusi Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan ITQSHHB diberikan kepada Awang Mus'ab bin Haji Ibrahim; Anugerah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan ITQSHHB diberikan kepada Dayang Ainaa Zahirah binti Haji Abdul Manap; Anugerah Pengetua ITQSHHB diberikan kepada Awang Ahmad Mujibuddin bin Ahmad Rithaudin dan Dayang Siti Aisyah binti Salim; Anugerah Kecemerlangan Hafazan Al-Quran diberikan kepada Awang Muhammad Izzat Irsyaduddin bin Haji Jamrie, Dayang Rasyidah binti Mohammad Harisi dan Dayang Nur Syafiqah Hasyirah binti Haji Awang Ismail; dan Anugerah Kecemerlangan Ilmu Qiraat diberikan kepada Awang Mohamad Sabiq bin Haji Sulaiman, Awang Mohd. Aminuddin bin Abu Bakar dan Dayang Fatin Izzati binti Hilmi.

Antara tujuan majlis itu adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan meraikan kejayaan graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian bagi Sesi Pengajian 2017-2020.

Attachments