Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENUTUP BENGKEL TADABBUR AL-QURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

BSB, Rabu, 2hb. Rabiulakhir 1442H bersamaan  18hb. November 2020M-Dengan adanya bengkel Tadabbur Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Ugama yang berupa Training of Trainers kepada pegawai masjid yang berlangsung selama dua (02) hari bermula hari Selasa, 17 November 2020 dan berakhir pada hari ini Rabu, 18 November 2020 di Dewan Tarbiyah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) diharap akan menjadi platform bagi para peserta untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan al-Quran dengan tadabbur serta kefahaman dalam pelbagai metodologi dan kaedah penyampaian pengajaran lebih menarik agar para pegawai masjid berperanan sebagai muallim dalam menyebarkan tadabbur al-Quran kepada jemaah masjid..

Bengkel tersebut diungkayahkan oleh Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel ialah Pemangku Timbalan Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha selaku wakil Ra'es KUPU SB. Seramai 100 orang dari kalangan pegawai masjid seluruh negara telah mengikuti bengkel tersebut. Manakala Pembengkel & Fasilitator terdiri daripada kalangan tenaga akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menjelaskan kaedah tadabbur al-Quran yang berkesan. Selain itu untuk menerangkan metodologi pengajaran tadabbur al-Quran di masjid dan seterusnya melatih pegawai-pegawai masjid sebagai muallim mengajarkan tadabbur al-Quran kepada jemaah masjid.



Attachments