Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERMAKLUMAN KEPADA PARA IBUBAPA/ PENJAGA PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI REPUBLIK ARAB MESIR

Selasa, 24 Mac 2020M – Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam selaku urusetia Jawatankuasa Biasiswa dan SBPP KHEU pada masa ini dalam usaha untuk melaksanakan proses membawa pelajar-pelajar yang terdiri dari Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di luar negara antaranya Republik Arab Mesir yang ingin pulang secara sukarela ke Negara Brunei Darussalam. Langkah ini adalah salah satu inisiatif pihak Kerajaan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam mengambil kira perkembangan COVID-19 di luar negara pada masa ini.

Dalam kesempatan ini, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan bahawa semua pelajar yang berada di Republik Arab Mesir adalah dalam keadaan baik seperti yang dimaklumkan oleh Pihak Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam disana. Pada masa ini, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama sedang giat berusaha bersama pihak Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir dan Syarikat Royal Brunei Airlines untuk melaksanakan proses membawa pulang pelajar-pelajar berkenaan ke Negara Brunei Darussalam dalam tempoh terdekat.

Kaitan dengan itu, atas nasihat pihak Kementerian Kesihatan, semua pelajar akan menjalani pengasingan diri sama ada di tempat yang telah diaturkan oleh agensi kerajaan yang berkenaan atau di rumah masing-masing (tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan sepertimana yang dinyatakan dalam e-form yang disediakan).

Sehubungan dengan itu, Pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memohon kerjasama Para Ibubapa dan Penjaga pelajar untuk mengisikan e-form yang disertakan ini bagi melancarkan lagi proses pengemaskinian data dan sebagai rujukan bagi agensi-agensi kerajaan yang lain.  Sila klik pautan (link) di bawah ini:

https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=RwkCR8VlfkK-iP3EVfl7iebrAQ3Kmp9BuvROdoNlNA5UM1U2SEtWWloyTk9WNElRRFBWRTY4WE5TWC4u

Kegagalan menuruti perintah pengasingan diri tersebut adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah berhubung ke Bahagian Biasiswa dan Sumber Tenaga Manusia, Jabatan Pengajian Islam di talian 2231064 (semasa waktu pejabat), atau di talian 8188151 (hotline), atau emel ke: biasiswa@jpi.edu.bn atau melalui pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir di talian +201099683368.

Semoga Allah memberkati segala usaha ini dan mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan kepada Raja, Negara dan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam.

Attachments