Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH

BERAKAS, Selasa, 08hb Oktober 2019M, Dalam usaha meringankan bebanan mangsa-mangsa kebakaran baru-baru ini, Majlis Ugama Islam telah menyerahkan Agihan Wang Zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampong Pelambayan.

Majlis penyerahan diadakan petang tadi bertempat di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Wang Agihan Zakat disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Haji Abdul Aziz bin Hj Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

Di majlis tersebut, Agihan Zakat dalam bentuk kewangan berjumlah $1,800.00 dan peralatan persekolahan di ambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin, diserahkan kepada mangsa-mangsa kebakaran seperti berikut:

Kelamin Pertama Awang Haji Manan bin Hj Md Yusof (pemilik rumah) menerima sebanyak $200.00 dan Isteri beliau Dayang Nengsi Tasmoi menerima sebanyak $200.00.

Manakala anak-anak Awang Haji Manan juga menerima masing-masing $200.00 setiap seorang. Mereka ialah Dayang Inani binti Haji Manan; Dayang Amalina binti Haji Manan; Awang Muzaffar bin Haji Manan dan Awang Abdul Rashid bin Haji Manan.

Kelamin Kedua ialah Awang Azmin bin Hj Md Yusof menerima sebanyak $200.00; Dayang Malizah binti Hj Md Yusof dan Dayang Nurul Alifah binti Md Noh juga menerima sebanyak $200.00 setiap seorang.

Kejadian berlaku pada 30hb September 2019 yang lalu dan telah memusnahkan keseluruhan rumah tersebut. Pada masa ini, mangsa-mangsa tersebut tinggal sementara di rumah saudaranya di Kampong Pelambayan.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.

 


Attachments