Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PERHIMPUNAN JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1440H/2019M

Jerudong, Rabu, 25 September 2019M–Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama empat syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji iaitu Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad, Raudah Al-Amin Sendirian Berhad dan At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1440H/2019M hari ini. Majlis berlangsung di Dewan Banquet Bridex, Jerudong, Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan acara tahunan Jabatan Urusan Haji yang menghimpunkan para jemaah yang telah menunaikan ibadat haji bagi tahun 1440H/2019M.


Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Haji Zilani bin Haji Bongsu dan diikuti dengan ucapan alu-aluan Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Urusan Haji selaku pengerusi majlis. Majlis seterusnya ucapan nasihat daripada tetamu kehormat majlis.


Majlis diserikan dengan Tazkirah dengan tajuk “Istiqamah” telah disampaikan oleh Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawe, Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei yang juga merupakan salah seorang jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1440H/2019M.

Antara intisari utama dalam tazkirah ialah menuju keredaan Allah, penghayatan haji, muhasabah diri serta mengharapkan haji yang mabrur.

Majlis juga diisikan dengan tayangan video mengenai perjalanan pengurusan haji yang meliputi proses pendaftaran haji, pemeriksaan kesihatan, bimbingan haji, suasana semasa keberangkatan jemaah haji bertolak dan berada di Tanah Suci sehinggalah kembali ke tanah air bagi musim haji 1440H/2019M.

Sebagai menghargai pengendalian perkhidmatan pakej haji pada tahun ini, tetamu kehormat telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada empat (4) buah syarikat yang terlibat iaitu Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad, At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad dan Raudah Al-Amin Sendirian Berhad. Dikir Marhaban turut menyerikan majlis tersebut yang dipersembahkan oleh Jabatan Urusan Haji bagi meraikan kehadiran jemaah haji.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa bagi mensyukuri di atas kepulangan jemaah haji Negara Brunei Darussalam ke tanah air dengan selamat dan kerana telah menyempurnakan Ibadat Haji bagi musim haji 1440H/2019M. 

Selain mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jemaah haji yang telah sedia terjalin semasa berada di Tah Suci, majlis ini juga dihasratkan dapat membawa jemaah haji samasama merenung sejauh mana kita menghayati haji yang dikerjakan memenuhi kriteria haji mabrur.

Menerusi muhasabah diri sendiri, sejauh mana ibadat haji yang dikerjakan itu memberikan kesan positif kepada perubahan yang lebih mendekatkan diri kepada amalan-amalan terpuji. Apa pun perubahan yang berlaku diri sendiri adalah bergantung kepada kesedaran dan penghayatan dari apa yang dipelajari dari bimbingan haji yang diberikan. Kerana itu, kehadiran bakal jemaah haji sepanjang bimbingan haji diberikan adalah penting dan sangat dititikberatkan. Bakal jemaah haji seboleh-bolehnya memanfaatkan peluang yang diberikan untuk mempelajari, memahami seterusnya yang paling penting ialah menghayati sepenuhnya yang dapat menerima sebarang cabaran dan kesulitan yang bakal dihadapi semasa menyempurnakan rukun Islam kelima ini.

Kelaziman melakukan amalan-amalan sunat dan memperbanyakkan zikir semasa berada di Tanah Suci seperti sembahyang berjemaah lima waktu, membaca Al-Quran sehingga khatam, rajin bersedekah, bersabar semasa berhadapan dengan rintangan dan cabaran adalah antara sifat-sifat terpuji yang perlu ditanam dan disemai pada jiwa seseorang jemaah. Semasa berada di Tanah air setelah menyempurnakan ibadat haji, perubahan-perubahan kepada sifatsifat terpuji perlu dikekalkan dengan istiqamah tanpa berhenti setakat di Tanah Suci sahaja. Imam Hasan Al-Basri pernah berpesan bahawa maksud haji yang mabrur itu adalah perubahan ke arah yang lebih baik dan para jemaah haji tersebut mampu menjadi contoh kepada masyarakatnya di samping membina persaudaraan Islam dan menghayati makna persamaan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Nawaf Ma’zi H. Albadwi; Timbalan Perwakilan di Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei, Yang Mulia Dr Haji Adanan bin Haji Basar; Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Bahagian Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengarah-pengarah; penolong-penolong pengarah; pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama; pengarah-pengarah urusan syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji dan jemaah haji Negara Brunei Darussalam.



Attachments