Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KEPULANGAN JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENERBANGAN KEEMPAT BAGI MUSIM HAJI 1440H/2019M

BERAKAS, Khamis , 22hb Ogos 2019M-Penerbangan keempat dan terakhir yang membawa 253 orang Jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah selamat mendarat pada jam 10.32 pagi tadi.

Ketibaan jemaah haji di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pertahanan II (Kedua); Wakil Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Meshal Abdullah A. Habshan.


Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah Wakil Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia ACP Dato Paduka Haji Awang Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Professional), Yang Mulia Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif; Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bagi memberkati kepulangan jemaah haji itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Amin bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal masjid.






Attachments