Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KEPULANGAN JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENERBANGAN KETIGA BAGI MUSIM HAJI 1440H/2019M

BERAKAS, Rabu, 21hb Ogos 2019M-Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dipenuhi oleh kaum keluarga dan sanak-saudara yang mengalu-alukan kepulangan jemaah haji negara, bagi penerbangan ketiga yang selamat mendarat pada jam 1.12 pagi ini.

Ketibaan seramai 254 orang jemaah haji di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othaman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pertahanan II (Kedua) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.


Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah Yang Mulia Dato Paduka  Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Meshal Abdullah A. Habsan; Wakil Duta Arab Saudi,  Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pengarah-Pengarah Urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.

Kepulangan jemaah haji dari penerbangan ketiga terdiri daripada sejumlah 254 orang jemaah haji termasuk 3 orang pegawai Maktab Urusan Haji Perubatan dan Pegawai Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad.

Bagi memberkati kepulangan jemaah haji itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Abd. Malik bin Haji Jumat; Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Lambak Kanan.



Attachments