Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KERJA-KERJA PROSES PENYEMBELIHAN DAN MELAPAH DAN PEMBUGKUSAN BAGI BINATANG KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KERABAT BAGINDA BAGI TAHUN 1440H/2019M

Ahad, 11 Ogos 2019M, (Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampong Lampaki, Mulaut)–Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Serta Kerabat Baginda Dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Istana Nurul Iman Bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi diraikan pagi tadi.

Pada tahun ini, sebanyak 172 ekor sapi, dan 14 ekor kambing dikorbankan iaitu Sebanyak tujuh 07 ekor kambing telah disempurnakan penyembelihannya di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Manakala 40 ekor sapi dan 07 ekor kambing telah disempurnakan penyembelihannya di Syarikat Mohammed Norfaidzal Haji Zainuddin dan Anak-Anak di Lot G, Projek Ladang Ternakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampong Mulaut, Negara Brunei Darussalam dan 132 ekor sapi disempurnakan penyembelihannya di Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd, Tapak Perusahaan Rumah Penyembelihan, Di Kawasan Pertanian Kampong Batang Mitus, Mukim Kiudang, Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 10,277 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya iaitu 7,109 orang di Daerah Brunei-Muara, 1,530 orang di Daerah Belait, 1,302 orang di Daerah Tutong, dan 336 orang di Daerah Temburong.

Kerja-kerja proses penyembelihan dan melapah serta pembungkusan bagi binatang Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Serta Kerabat Baginda Bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi telah dilaksanakan di Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampong Lampaki, Mulaut dan PDS Abattoir Sdn. Bhd, Kampong Batang Mitus, Daerah Tutong.

Pada tahun ini bagi melancarkan kerja-kerja proses penyembelihan dan melapah serta pembungkusan khusus bagi Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Serta Kerabat Baginda, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah melantik Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampong Lampaki, Mulaut dan PDS Abattoir Sdn. Bhd, Kampong Batang Mitus, Daerah Tutong sebagai pembekal binatang korban.

Disamping itu juga, beberapa orang petugas dilantik masing-masing sebagai wakil pelafaz niat seramai 10 orang dikalangan Pehin-Pehin Khatib dan Mudim-Mudim, 38 orang saksi penyembelihan di kalangan Pegawai-Pegawai Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Pegawai-Pegawai Jabatan Pengajian Islam, seramai 8 orang penyembelih yang berlesen, seramai 108 orang pelapah daging dan seramai 97 orang di kalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampong Lampaki, Mulaut dan PDS Abattoir Sdn. Bhd, Kampong Batang Mitus, Daerah Tutong melakukan kerja-kerja pemprosesan menimbang, memasukkan kedalam kontena dan pengeluaran.

Julung-julung kalinya Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampong Lampaki, Mulaut dan PDS Abattoir Sdn. Bhd, Kampong Batang Mitus, Daerah Tutong dipilih membekalkan binatang-binatang yang berkualiti yang kebanyakkannya didatangkan dari wilayah Utara Australia dan menyediakan perkhidmatan penyembelihan semasa korban mengikut kehendak undang-undang syariat Islam yang ketat serta kebersihan dan kualiti yang terjamin.

Attachments