Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENGAGIHAN DAGING-DAGING KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI SERTA KERABAT BAGINDA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DI DAERAH-DAERAH

Bandar seri Begawan, Ahad, 11 Ogos 2019M–Majlis Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Baginda Bagi Tahun 1440H/2019M sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di sebelah petang secara serentak di Daerah-Daerah iaitu Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

Pada tahun ini, sebanyak 172 ekor sapi, dan 14 ekor kambing dikorbankan, dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 10,277 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya iaitu 7,109 orang di Daerah Brunei-Muara, 1,530 orang di Daerah Belait, 1,302 orang di Daerah Tutong dan 336 orang di Daerah Temburong.

Majlis Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Baginda bagi tahun 1440H/2019M di Daerah Brunei dan Muara telah diadakan bertempat Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei Muara.

Hadir selaku Tetamu Khas dan seterusnya menyempurnakan pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Bin Haji Mohd Daud, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Manakala di Daerah Belait, majlis diadakan bertempat di Dewan Persidangan, Kuala Belait. Tetamu Khas dan seterusnya menyempurnakan pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Baginda Bagi Tahun 1440H/2019M ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan Dan Infokomunikasi.

Di Daerah Tutong pula, Majlis Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta Kerabat Baginda telah diadakan di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Khas dan seterusnya menyempurnakan pengagihan Daging Korban Sunat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan Bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Dan di Daerah Temburong, majlis diadakan di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.Tetamu Khas dan seterusnya menyempurnakan pengagihan Daging Korban Sunat ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan  

Majlis-Majlis Pengagihan Daging-Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kerabat Baginda Bagi Tahun 1440H/2019M telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan seterusnya diserikan dengan Laungan Takbir secara beramai-ramai.

Attachments