Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT WANG TUNAI KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN MENJELANG HARI RAYA TAHUN 1440H/2019M DAN ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1440 HIJRAH

KIUDANG, Isnin, 13hb Mei 2019-Dalam usaha meringankan beban Asnaf Fakir dan Miskin terutama menjelang Hari Raya Aidil Fitri, Majlis Ugama Islam Brunei telah menyerahkan Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin menjelang Hari Raya Bagi Tahun 1440H/2019M.

Sejumlah $46,690.00 (Empat Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sembilan Puluh Ringgit) diserahkan kepada 100 keluarga yang terdiri daripada Asnaf Fakir dan Miskin yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pemangku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Wang tunai berkenaan diserahkan semasa Majlis Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai Kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Tahun 1440H/2019M yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampong Kiudang, Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam petang tadi.

Pada tahun ini sebanyak $1,333,570.00 (Satu Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Lima Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) telah diperuntukkan kepada 8,435 orang penerima yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin diseluruh negara, Peruntukkan ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir dan Miskin melalui kutipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta tahun 1439H/2018M.

Hanya sebahagian dari jumlah 8,435 orang yang terdiri dari Asnaf Fakir dan Miskin seluruh Negara akan menerima agihan di Masjid-Masjid manakala sebahagian yang lain akan menerimanya melalui akaun bank masing-masing.

Adalah diharapkan dengan adanya agihan Zakat ini akan dapat meringankan beban Asnaf Fakir dan Miskin serta dapat menampung perbelanjaan menjelang Hari Raya yang bakal tiba, disamping sentiasa berhemat cermat dalam berbelanja.

Terdahulu sebelum itu, acara Tadarus Al-Quran Rombongan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Sempena Bulan Ramadhan Ke Masjid-Masjid Tahun 1440H/ 2019M di Masjid berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diikuti dengan Tadabbur al-Quran oleh Yang Mulia Awang Haji Khairul Nazib bin Haji Damit; Penolong Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Acara pada hari tersebut diteruskan lagi Tadarus al-Quran dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mahri bin Haji Metussin, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan Bacaan doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam juga dibacakan oleh Yang Mulia Imam Haji Mahri bin Haji Metussin.

Turut sama hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang jua selaku Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin

Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Pengarah- Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Rombongan Tadarus Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya akan mengunjungi Daerah Belait di Masjid Mohd. Jamalul Alam, Kuala Belait pada hari Sabtu,18 Mei 2019, jam 4.00 petang.

Attachments