Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS TADARUS AL-QURAN YANG BERHORMAT PEHIN UDANA KHATIB DATO PADUKA SERI SETIA USTAZ HAJI AWANG BADARUDDIN BIN PENGARAH DATO PADUKA HAJI OTHMAN, MENTERI HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SUNGAI BESAR, Isnin, 13hb Mei 2019-Sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini acara keagamaan di Negara Brunei Darussalam sedang giat dijalankan bagi menyemarakan lagi suasana di bulan yang penuh keberkatan ini. Ramai pihak yang berlumba-lumba meningkatkan amalan bagi meraih pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala, tidak kira dari pihak individu, keluarga mahupun jabatan-jabatan atau pihak syarikat swasta. Antara aktiviti yang sering menyemarakkan bulan Ramadan ialah bertadarus Al-Quran.


Sehubungan dengan itu pada hari ini majlis tadarus al-Quran Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama diteruskan lagi di Masjid Kampong Sungai Besar.

Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya diikuti dengan tadarus Al-Quran secara beramai-ramai. Kemudian bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dikepalai oleh Yang Mulia Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud, Imam Masjid Kampong Sungai Besar, manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Sallehin bin Pengiran Haji Tejuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Turut hadir Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Belia dan Beliawanis Masjid, AJK Takmir Masjid, Pegawai serta Pelajar Sekolah-Sekolah Arab dan jemaah-jemaah masjid yang berdekatan.


Attachments