Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS DOA KESYUKURAN & DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS PENERIMAAN SISWA-SISWI DIPLOMA ‘ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI PENGAJIAN 2019-2022M

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 hb Mei 2019M-Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Majlis Penerimaan Siswa Siswi Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut tersebut, bertempat di Musolla dan Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan 21 orang siswa/siswi (16 orang siswa dan 5 orang siswi) yang telah diterima masuk bagi kali ke 10 sesi 2019-2022M. Selain itu, majlis tersebut juga diadakan bagi menjalankan projek tahunan bagi pengambilan siswa/siswi baharu.

Hadir selaku Tetamu Khas di majlis tersebut ialah  Yang Mulia Ustaz Haji Shamsol bin Haji Omar; Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

Turut hadir, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai, pensyarah-pensyarah, guru-guru serta ibu bapa siswa/siswi Diploma ‘Aliyah Qiraat yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Al-Kareem Surah Al-Baqarah ayat 183-187 yang dibacakan oleh Yang Mulia Ahmad Ridwan Azzawani bin Zainul Arifin. Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Ali Sabri bin Haji Yussof selaku Ketua Program Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis juga diserikan dengan majlis penyampaian Kitab Qiraat yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seterusnya, bacaan ikrar siswa dan siswi yang diraikan diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Assraffi bin Haji Ibrahim salah seorang siswa Diploma ‘Aliyah Qiraat.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Sultan dibaca oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Azim bin Haji Ali, Penolong Pensyarah Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Attachments