Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

ROMBONGAN NEGARA KE MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN DAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-61 DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA (15 – 20HB. APRIL, 2019M)

Berakas, Ahad, 14 April 2019-Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim Peserta Qari dan Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri Peserta Qariah Negara pagi tadi telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa Kali Ke-61 di Kuala Lumpur, Malaysia akan berlangsung pada 15 hingga 20hb. April, 2019M.

Hadir di Lapangan Terbang Negara Brunei Darussalam bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Rombongan disertai oleh Yang Mulia Awang Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam selaku Ketua Rombongan; Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Zainul Ariffin bin Haji Ridwan Lubis selaku jurulatih qari dan qariah serta seorang Pegawai Pengiring Qariah iaitu Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya, Pegawai Ugama Kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama.       

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim Peserta Qari dan Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri Peserta Qariah merupakan Johan Qari dan Qariah dalam Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440H/ 2019M yang telah diadakan pada 12hb hingga 14hb Februari 2019M yang lalu, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim dan Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri tahun ini buat pertama kali mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Tilawah tersebut.


Attachments