Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PENUBUHAN PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-18 DAN HARI BRAILLE SEDUNIA

Bandar Seri Begawan, Ahad, 03 Februari 2019–Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), Negara Brunei Darussalam amat menitik beratkan pengamalan ajaran-ajaran Islam sebagai pegangan hidup masyarakat. Justeru itu, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) telah mengambil langkah proaktif dengan menjadikan pembacaan Al-Quran sehingga khatam 30 juzu’ sebagai budaya dan sekali gus mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis Khatam Al-Quran ini adalah julung kali diadakan bagi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Unit pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam.

Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. Majlis bertempat di Dewan Utama Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap individu yang mempunyai masalah penglihatan bagi mengenali huruf-huruf jawi berbentuk Brallie; dan sebagai buah tangan pertama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam mengetengahkan majlis khatam Al-Quran terdiri dari orang kurang upaya penglihatan.

Seramai 21 orang peserta iaitu 12 orang peserta lelaki dan 9 orang peserta perempuan yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Surah-Surah oleh peserta khatam bermula dari Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah An-Naas. Bacaan Takhtim oleh Guru-Guru Pendidikan Khas Ugama (perempuan); Bacaan Doa Khatam Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Mohammad Jamary bin Danggat (salah seorang peserta yang khatam). Persembahan Dikir oleh Guru-Guru Pendidikan Khas Ugama (lelaki) dan penyampaian sijil dan merenjis minyak wangi kepada Peserta Khatam oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diikuti oleh Jemputan dan Ibu bapa peserta.







Attachments