Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1440 HIJRAH BAGI HARI KEDUA

Berakas, Rabu, 09 Januari 2019-Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi diteruskan lagi hari ini bagi hari kedua bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 24 orang peserta telah bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan hari ini yangmana 15 orang peserta memperdengarkan bacaan mereka sebelah pagi dan 10 orang peserta bertanding disebelah petang.

Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi diadakan selama (3) tiga hari berturut-turut bermula kelmarin, Selasa, 08 Januari 2019M dan akan berakhir esok Khamis, 10 Januari 2019M ditempat yang sama.

Seramai 56 orang penyertaan di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada tahun ini yangmana 21 orang peserta qari dan 5 orang peserta qariah adalah diantara para peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ini daripada bertanding di Peringkat Daerah dan Masjid seluruh negara.

Dari jumlah tersebut seramai 26 orang peserta terpilih melalui Musabaqah Peringkat Daerah dan Masjid yang diadakan di Masjid Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong manakala 30 orang peserta lagi adalah daripada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1439 Hijrah/2018 Masihi pada tahun lepas.

Sementara itu Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Cenderamata Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1440H/2019M akan diadakan esok Hari Khamis, 10 Januari 2019, jam 2.00 petang di tempat yang sama.

Dihasratkan projek memajukan dan mengembangkan dalam bidang Al-Quran ini akan dapat mendorong masyarakat ke arah celik al-Quran sebagai wadah dan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah, doa untuk memohon kepada-Nya serta peringatan supaya jauh dari kelalaian.

Attachments