Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1440 HIJRAH

Berakas, Selasa, 08 Januari 2018M-Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan merupakan laluan permulaan dan medan untuk para qari dan qariah negara melangkah ke Peringkat Serantau dan Antarabangsa. Penganjuran musabaqah ini dihasratkan agar dapat memberikan pendedahan dan galakan kepada qari dan qariah Negara ini dalam meningkatkan mutu pembacaan Al-Quran mereka, di samping membuka minda dan minat masyarakat berjinak-jinak dalam mempelajari teknik bacaan yang betul dan lebih teratur. Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan adalah merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diadakan secara berperingkat-peringkat.

Sehubungan dengan itu, pagi tadi telah berlangsung Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi dan akan diadakan selama (3) tiga hari berturut-turut bermula hari ini, Selasa, 02 Jamadilawal 1440H bersamaan 08 Januari 2019M hingga hari Khamis, 04 Jamadilawal 1440H bersamaan 10 Januari 2019M bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Malik bin Haji Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pada hari ini, seramai 25 orang peserta telah bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan tahun ini yangmana 15 orang peserta memperdengarkan bacaan mereka sebelah pagi dan 10 orang peserta telah bertanding dibelah petang.

Musabaqah akan diteruskan lagi pada hari kedua dan hari terakhir pertandingan.

Seramai 56 orang peserta akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada tahun ini yangmana 21 orang peserta qari dan 5 orang peserta qariah adalah diantara para peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ini daripada bertanding di Peringkat Daerah dan Masjid seluruh negara.

Dari jumlah tersebut seramai 26 orang peserta terpilih melalui Musabaqah Peringkat Daerah dan Masjid yang diadakan di Masjid Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong manakala 30 orang peserta lagi adalah daripada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh dan Akhir Kebangsaan 1439 Hijrah/2018 Masihi pada tahun lepas.

Sementara itu Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Cenderamata Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1440H/ 2019M akan dilangsungkan pada Hari Khamis, 10 Januari 2019, jam 2.00 petang di tempat yang sama.

Dihasratkan projek memajukan dan mengembangkan dalam bidang Al-Quran ini akan dapat mendorong masyarakat ke arah celik al-Quran sebagai wadah dan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah, doa untuk memohon kepada-Nya serta peringatan supaya jauh dari kelalaian.


Attachments