Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM “MASJIDKU MA’MUR, NEGARA BERKAT” DI MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

Bandar Seri Begawan, Ahad, 02 Disember 2018M–Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada minggu ini dikendalikan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Perhubungan dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri. Ianya merupakan satu program mingguan dan ajakkan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi mema’murkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

“Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara “Bandarku Ceria”, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk “Jalanraya Mempunyai Seribu Satu Cerita” oleh Yang Mulia Awang Nazirul Mubin bin Ahad, Penolong Pensyarah, Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Hj Awang Abu Bakar Bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Pertahanan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia Setiausaha-Setiausa Tetap, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.

Ma’murnya masjid-masjid di Negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala bagi diri kita, keluarga dan juga Negara.

Attachments