Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN PERISIAN INTERAKTIF DAN AUDIO MP3 LAGU-LAGU DIKIR MAULID SYARAFIL ANAM DAN MAULID BERZANJI NASR (RAWI)

Bandar Seri Begawan, Rabu, 07 November 2018–Dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji Nasr (Rawi) merupakan warisan budaya negara yang harus diperkenalkan kepada generasi muda masa ini.  Menyedari pentingnya memperkenalkan lagu-lagu dikir dan rawi kepada generasi muda di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam telah mengambil inisiatif menjadikan dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji Nasr (Rawi) sebagai salah satu mata pelajaran yang diajarkan dalam kurikulum sekolah Ugama dan salah satu aktiviti ko-kurikulum di persekolahan Ugama. Bagi memastikan kesahihan dan keselarasan alunan rentak lagu-lagu dikir dan rawi yang diajarkan di persekolahan Ugama, Jabatan Pengajian Islam melalui Bahagian Kurikulum telah mengusahakan satu perisian interaktif dan audio MP3 berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah Ugama.

Majlis bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Kementerian hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Tujuan majlis ini diadakan ialah, untuk memberigakan perisian interaktif dan audio MP3 lagu-lagu Dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji Nasr (Rawi) yang diterbitkan oleh Jabatan Pengajian Islam melalui Bahagian Kurikulum. Adapun objektif majlis ialah, untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran lagu-lagu dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji nasr (Rawi) di persekolahan Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah; Ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Awang Haji Shamsol bin Haji Omar; Pemangku Pengarah Pengajian Islam, seterusnya Ucapan Tetamu Khas dan pelancaran perisian interaktif dan audio MP3 lagu-lagu dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji Nasr (Rawi).

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Tuan Imam Haji Daud bin Haji Abdul Kadir (selaku pembimbing) dan pegawai-pegawai yang menjayakan rakaman lagu-lagu dikir dan rawi; Penyerahan CD yang mengandungi perisian interakitf dan audio MP3 lagu dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji nasr (Rawi) kepada wakil-wakil sekolah; Tayangan demo perisian interaktif dan audio MP3 lagu-lagu dikir Maulid Syarafil Anam dan Maulid Berzanji Nasr (Rawi); dan Persembahan rawi terdiri daripada pegawai-pegawai perempuan Jabatan Pengajian Islam.

Turut sama hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Attachments