Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PEMBERIAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 1 MUHARRAM 1440 HIJRAH SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 1440HIJRAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12hb September 2018M–Seramai 19 orang anak damit telah dilahirkan pada 01 Muharram 1440H seluruh daerah di Negara Brunei Darussalam iaitu anak yang lahir bermula masuk waktu Maghrib 01 Muharram 1440H hingga berakhirnya waktu Asar 01 Muharram 1440H. Anak-anak damit yang baru lahir tersebut digelarkan anak damit 01 Muharram dan kelahiran mereka di sambut dengan penuh kesyukuran seperti tahun-tahun yang lalu.

Di Daerah Brunei Muara, seramai 16 orang anak damit, 6 orang anak damit lelaki dan 9 orang anak damit perempuan telah dilahirkan. Anak damit pertama dilahirkan ialah anak damit dari Daerah Brunei Muara, iaitu pada jam 6.55 petang pada 1 Muharram 1440H bersamaan 10 September 2018M.

Adapun di Daerah Belait, 2 orang anak damit lelaki. Daerah Tutong seorang anak damit perempuan. Manakala di Daerah Temburong tiada kelahiran dicatatkan.

Pada tahun ini Majlis Pemberian Hadiah Kepada Anak-Anak Damit Yang Lahir Pada 01 Muharram 1440 Hijrah sempena Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah Peringkat Negara bagi Daerah Brunei Muara diadakan pada Hari ini Rabu, 02 Muharram 1440H bersamaan 12 September 2018M bertempat di Bilik Seminar 1 dan 2, Tingkat 2, Bangunan Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Tetamu Khas di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pertahanan II, selaku Pemangku Menteri Kesihatan dan juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Juga hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Mohd. Seruddin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Setiap seorang anak damit yang dilahirkan pada awal Muharram akan menerima hadiah berupa Barangan Keperluan Anak Damit bernilai $200.00 dan Buku Ugama daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Akaun Simpanan Si Manja berjumlah $200.00 dan Barangan anak damit bernilai $50.00 daripada  Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pula disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pertahanan II, selaku Pemangku Menteri Kesihatan dan juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Manakala Baucer Takaful Nur Savings berjumlah $250.00 dan Baby Hamper daripada Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd. disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Ahli Lembaga Syarikat Takaful Brunei Darussakam Snd. Bhd.

Untuk melahirkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas kelahiran anak damit pada hari yang baik dan bersejarah serta membesarkan Sambutan kedatangan Awal Tahun Hijrah, Majlis ini juga merupakan salah satu cara bagi menyebarkan Da’wah Islamiah dan menjadikan Taqwim Hijrah terus mendapat tempat penggunaannya dari masa kesemasa.

Sementara itu, Majlis Pemberian Hadiah Kepada Anak-Anak Damit Yang Lahir Pada 01 Muharram 1440 Hijrah juga diadakan di Daerah Belait dan Daerah Tutong.

Attachments