Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

RAPTAI PENUH (REHEARSAL) SAMBUTAN AWAL TAHUN 1440 HIJRAH PERINGKAT NEGARA

Dalam masa kurang seminggu sahaja lagi, rakyat Islam di Negara ini khasnya dan umat Islam di seluruh dunia amnya akan menyambut ketibaan Awal Tahun 1440 Hijrah.

Di Negara Brunei Darussalam, yang majoriti penduduknya beragama Islam, seperti lazimnya akan menyambut ketibaan awal tahun baru Hijrah secara besar-besaran bagi mengembangkan/menyebarkan lagi syiar Islam di Negara ini di samping menyemarakkan sambutan memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dari Mekkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

Untuk makluman Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah akan berlangsung pada hari Isnin (malam Selasa), 01 Muharram 1440 Hijrah bersamaan 10 September 2018 Masihi mulai jam 5.00 petang. Ianya akan di sambut dengan membaca Doa Akhir Tahun 1439H pada hari tersebut iaitu 29 Zulhijjah 1439H sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti dengan membaca Doa Awal Tahun 1440H selepas masuk waktu Maghrib di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong dan masjid-masjid utama daerah-daerah.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran sambutan, pagi tadi telah berlangsung latihan penuh (raptai) bagi majlis tersebut bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi menyaksikan latihan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

Turut sama hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama ; Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir beramai-ramai ke Majlis Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah Peringkat Negara itu nanti pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanau Wa Ta’ala.

Majlis Sambutan akan diadakan serentak di masjid-masjid dan balai-balai ibadat seluruh negara dengan penumpuan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong dan masjid-masjid utama iaitu bagi Daerah Belait tumpuan utama adalah di Masjid Rancangan Perpindahan Negara Pandan, Kuala Belait; di Daerah Tutong tumpuan utama di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, manakala di Daerah Temburong ialah di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.


 

Attachments