Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 72 KALI KHATAM BAGI WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 72 TAHUN

KIARONG, 7 Ogos 2018, Selasa-Seramai 2,160 warga Kementerian Hal Ehwal Ugama telah ikut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran 72 kali khatam bersempena dengan sambutan ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 72 tahun. Majlis berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiorang.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dan Isteri.

Majlis Khatam berkenaan antara lain diadakan bagi menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan celik Al-Quran. Selain untuk menzahirkan rasa syukur rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Baginda Sultan. Selain untuk memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Baginda dilanjutkan usia dan sihat wal’afiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Selepas itu bacaan Takhtim dan Tahlil diketuai oleh Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pengajian Islam, Dikir Marhaban dibawakan oleh Pegawai-Pegawai Masjid sementara Doa Khatam dan Doa Tahlil dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Penguasa Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Isteri; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd Seruddin bin Haji Timbang dan Isteri serta Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.




Attachments