Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MEMBACA AL QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT MASJID BAGI TAHUN 2018

Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Masjid Omar Ali Saifuddien, Jame Asr Hassanil Bolkiah, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al Quran Bahagian Dewasa, untuk pemilihan awal bagi mencari wakil Qari dan Qariah yang akan mewakili negara ke Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia.

Syarat kelayakan bagi menyertai musabaqah tersebut ialah pemohon hendaklah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan warna kuning), beragama Islam, bermazhab Syafi’ee aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun semasa mendaftar.

Pemilihan awal Peringkat Masjid akan diadakan bermula 01hb September 2018 hingga 30hb September  2018 di semua Masjid, Surau dan Balai Ibadat seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, borang-borang penyertaan mengenainya, akan mula diedarkan pada 23 Julai 2018 hingga 31 Ogos 2018. Borang tersebut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Masjid Omar Ali Saifuddien, Jame Asr Hassanil Bolkiah, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar tidak lewat 31 Ogos 2018, jam 4.00 petang

Untuk  makluman lanjut,  bolehlah berhubung terus melalui 2223277 (waktu pejabat) atau:

i.          Yang Mulia, Awang Haji Juflee bin Haji Mega,

            Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid,

            No Hp: 8441567

ii.          Yang Mulia, Awang Reza Masdi bin Haji Mamit,

            Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid,

            No Hp: 8741725

iii.         Yang Mulia, Awang Haji Abd Aziz bin Haji Mohd Yassin,

Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara

No Hp:8613968

iv.        Yang Mulia, Awang Haji Masri bin Haji Mohamad,

Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong

No Hp:8864846

v.         Yang Mulia, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin,

Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait

No Hp:8925940

vi.        Yang Mulia, Awang Elde bin Haji Suhaile,

Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong

No Hp:8635478

Attachments
Created at 26/7/2018 9:07 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 26/7/2018 9:07 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK