Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT MENENGAH DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2019M

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baru (Peringkat Menengah Tahun 7) di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 2019M bermula pada 04 Jun 2018M hingga 18 Ogos 2018M.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Isntitut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

Syarat-Syarat :-

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.
  2. Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Sektor Swasta di Negara Brunei Darussalam) boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.
  3. Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1 Januari 2019 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2018.
  4. Lulus dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat 'C' dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya.
  5. Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
  6. Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  7. Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
  8. Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Borang Tawaran bolehlah diperolehi di Pejabat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam atau di muat turun melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama di ruangan PENGUMUMAN

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah bermula 09 Julai 2018M dan tidak lewat 18 Ogos 2018M semasa waktu pejabat iaitu 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 02.00 petang hingga 04.00 petang ke Pejabat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenainya bolehlah menghubungi talian 2222090 / 2222093 / 2222096 sambungan 206/229/230 & 231.

Borang-borang hendaklah dihantar TANPA menunggu keputusan PSR dan Salinan keputusan bolehlah di hantar ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan diumumkan

Attachments
Created at 6/6/2018 9:41 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 23/8/2018 8:41 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK