بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
BERAKAS, Hari Sabtu, 21 Ramadhan 1443H
bersamaan 23 April 2022M–Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita
memaklumkan bahawa bagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
memperkenankan langkah-langkah berikut dilaksanakan:
1.1. Membenarkan para jemaah lelaki dan
perempuan untuk menghadiri Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di masjid,
surau dan balai ibadat seluruh negara dengan penjarakan fizikal mengikut ukuran
tikar sembahyang masing-masing, iaitu merapatkan saf mengikut ukuran tikar
sembahyang masing-masing.
1.2. Kanak-kanak berumur 11 tahun ke
bawah adalah tidak dibenarkan hadir.
1.3. Pengemaskinian penjarakan saf (dari
penjarakan yang ditetapkan sebelum ini) adalah akan seterusnya dilaratkan
kepada Sembahyang Fardhu Jumaat dan Sembahyang Fardhu Lima Waktu mulai 1hb
Syawal 1443 Hijrah.
PENGEMASKINIAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)PENJARAKAN SAF JEMAAH DI MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMASASEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI, SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT DANSEMBAHYANG FARDHU LIMA WAKTU