بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Malam Munajat Anjuran Kementerian Hal
Ehwal Ugama diteruskan lagi pada bulan Ramadhan ini dengan dinamakan sebagai
‘MUNAJAT RAMADHAN’. Munajat Ramadhan akan berlangsung setiap hari Sabtu
secara maya dengan diubah waktu ke selepas Sembahyang Fardhu Asar.
Kementerian Hal Ehwal Ugama mengajak
orang ramai menyertai Munajat Ramadhan bagi bersama-sama merafa’kan doa agar
rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan
penyakit merbahaya, khasnya wabak COVID-19.
Bersempena keberadaan kita di bulan
Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita meraih peluang untuk
mempertingkatkan amalan dengan menyertai Munajat Ramadhan dan bersama-sama
beristighfar, membaca Surah Yasin, mendengarkan bacaan ayat Al-Quran serta
menghayati makna ayat Al-Quran tersebut.
Orang ramai bolehlah menyertai Munajat
Ramadhan dari mana jua berada dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu
atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Da’wah Islamiah
@pdi_kheu.
MUNAJAT RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL
EHWAL UGAMA