Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN UGAMA BRUNEI (SPUB), SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB) DAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) BAGI TAHUN 1443H/2022M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi menduduki peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi tahun 1443H / 2022M akan dibuka mulai hari Isnin, 04 Syaaban 1443H bersamaan 07 Mac 2022M hingga hari Sabtu, 21 Ramadan 1443H bersamaan dengan 23 April 2022M.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang berkeinginan untuk menduduki peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU bagi tahun 2022 supaya akan dapat mengambil borang-borang pendaftaran di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas semasa waktu pejabat.


Attachments
Created at 7/3/2022 10:32 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 18/5/2022 10:03 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK