Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PERUBAHAN TARIKH PEPERIKSAAN LISAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (DARJAH VI) (SSSRU) TAHUN 1442H/2021M

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa, 15 Muharam 1443H bersamaan 24 Ogos 2021M–Merujuk Kenyataan Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam pada 27 Zulhijah 1442H bersamaan 07 Ogos 2021M dan juga Siaran Media Permulaan Sesi Penggal Persekolahan Ketiga Serta Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian (Online) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam pada 08 Muharam 1443H bersamaan 17 Ogos 2021M.

Sehubungan dengan itu, bagi sama-sama membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan ini memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan peperiksaan lisan bagi peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) (SSSRU) yang telah dijadualkan bermula pada Hari Isnin, 02 Ogos 2021 hingga hari Selasa 31 Ogos 2021 adalah ditunda ke hari Isnin, 10 Januari 2022 hingga hari Isnin, 31 Januari 2022.

Manakala tiada perubahan pada tarikh pelaksanaan peperiksaan bertulis daripada yang telah dijadualkan sebelum ini iaitu bermula pada hari Isnin 15 November 2021 hingga hari Isnin 29 November 2021. Walau bagaimanapun, pelaksanaan peperiksaan lisan dan bertulis ini adalah masih tertakluk juga kepada perkembangan semasa jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan sebarang perubahan tarikh serta maklumat mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kaitan dengan itu, pihak Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei sukacita memohon kerjasama dan jasa baik pihak sekolah untuk menasihat dan mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan SSSRU supaya terus membuat ulang kaji dan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan, di samping terus mengikut apa jua nasihat dan saranan pihak Kementerian Kesihatan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah dirujuk ke Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam melalui emel berikut:

peperiksaan@jpi.edu.bn

 

Attachments
Created at 24/8/2021 1:13 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 24/8/2021 1:13 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK