Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BACAAN SURAH YASIN DAN DOA SENEGARA

Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID–19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei akan menyiarkan Bacaan Surah Yaasin dan Doa Senegara serentak di kesemua saluran televisyen dan rangkaian radio serta RTB GO, Radio Televisyen Brunei pada setiap hari mulai hari ini 08 Muharram 1433H bersamaan 16 Ogos 2021M.

Dalam pada itu, orang ramai secara persendirian mahupun bersama keluarga dirumah masing-masing ataupun dimana sahaja berada adalah dianjurkan dan dialu-alukan bagi mengikuti siaran ini dan membaca bersama-sama dengan niat ikhlas lagi murni, memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga kita semua, rakyat dan Negara akan terselamat dan terlindung dari apa jua bala dan segala jenis penyakit khasnya wabak COVID-19 yang melanda Negara kita.

BACAAN SURAH YASIN DAN DOA SENEGARA

Attachments
Created at 16/8/2021 4:12 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 16/8/2021 4:12 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK