Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1442 HIJRAH/2021 MASIHI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi akan diadakan selama tiga malam berturut-turut iaitu pada Hari Selasa malam Rabu, Rabu malam Khamis dan Khamis malam Jumaat, 27 hingga 29 Syawal, 1442 Hijrah bersamaan 08 hingga 10hb. Jun,2021 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula jam 7.30 malam dengan tema “Al-Qur’an Asas Dan Pemangkin Pembangunan Negara”.

Peserta Qari yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi adalah:

1. Awang Muhammad Bin Ali

2. Awang Mohammad Zul-Hafiz Bin Awang Tengah

3. Haji Awang Muhammad Fikri Bin Haji Awang Metussin

4. Awang Haji Nasrul Fakhri Bin Haji Yahya

5. Awang Haji Hazwan Bin Haji Salim

6. Awang Abdul Mu’in Bin Haji Abdul Hamid

Manakala Peserta Qariah Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi adalah:

1. Dayang Hajah Nurfaezah Binti Haji Emran

2. Dayangku Fauziah Nadhirah Binti Pengiran Haji Jofri

3. Dayangku Siti Ummi Syazana Binti Pengiran Haji Marjuki

4. Dayang Hajah Nurul Akmalina Binti Haji Yahya

5. Dayang Hajah Nurhafidzah Binti Haji Hassan

6. Dayang Siti Zahrina Binti Abdul Wahab

Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, para jemputan hendaklah mematuhi garis panduan menghadiri Majlis, iaitu;

i.Daftar masuk menggunakan aplikasi ‘BruHealth’ untuk mendapat kelulusan kod Hijau dan Kuning.

ii.Mengimbas Kod QR.

iii.Digalakkan memakai sungkup muka (face mask).

iv.Membuat pemeriksaan suhu badan.

v.Digalakkan mensanitasi tangan dengan menggunakan gel pensanitasi (hand sanitizer).

vi.Digalakkan berwudhu dari rumah (bagi yang hendak menunaikan sembahyang fardhu Isya).

vii Tidak digalakkan untuk bersalam-salaman.

viii.Segera bersurai setelah acara selesai.

Peringatan:

i.Hanya individu yang mempunyai kod berwarna hijau dan kuning saja yang dibenarkan menghadiri majlis.

ii.Manakala individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesma masalah pernafasan dan sebagianya adalah tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut.

Datanglah beramai-ramai ke majlis musabaqah itu nanti, sama-samalah kitani mendapatkan syafa’at al-Qur’an dan pengajaranNya, semoga kitani semua dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Attachments
Created at 2/6/2021 10:45 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 14/6/2021 11:33 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK