Sabtu, 06 Mac 2021–Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal
Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi
peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun 1442H / 2021M akan dibuka mulai hari
Isnin, 24 Rejab 1442H bersamaan 08 Mac 2021M hingga hari Sabtu, 12 Ramadan
1442H bersamaan dengan 24 April 2021M.
Sehubungan dengan itu, sukacita
dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab dan Institut Tahfiz
al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang
berkeinginan menduduki peperiksaan SPUB dan STPUB tahun 2021 supaya akan dapat
mengambil BORANG-BORANG PENDAFTARAN di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan
Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Jalan Menteri Besar, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.