Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah membukakan pengambilan pelajar bagi Program Diploma ‘Aliyah
Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi
2021-2024 bermula pada Hari Isnin, 18 Januari 2021M.
Tawaran Pengambilan 2021-2024 pelajar
bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah sesi 2021-2024 tersebut dibukakan kepada semua Warganegara
Atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.
Pemohon-pemohon hendaklah memperolehi
pangkat Kredit bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil
Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Brunei Gambridge (G.C.E ‘O’Level) ;
Memperolehi sekurang-kurangnya 3 Jayyid (baik) dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk Bahasa Arab; atau
sekurang-kurangnya 3 Kredit dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Peringkat Biasa Brunei Cambrigde (G.C.E
‘O’ Level) termasuk Bahasa Arab.
Pemohon mestilah Lulus temuduga kemasukan
Diploma ‘Aliyah Qiraat dan mempunyai Akuan Kesihatan dari Pusat Kesihatan
Kerajaan yang diiktiraf.
Bagi Yang Bukan Rakyat (Ibu/bapa yang
bertugas di Jabatan Kerajaan Atau Government Linked Companies Di Negara Brunei
Darussalam) yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon
dengan membuat Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut
Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Melalui Pengetua Institut.
Borang Permohonan boleh diperolehi di
Pejabat: Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175,
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112,
Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat dibuka ataupun dimuat turun
daripada laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam: www.kheu.gov.bn
Tarikh tutup mengembalikan borang ialah
pada Hari Isnin, 22 Februari 2021M, jam 4.00 petang.
Sebarang keterangan lanjut bolehlah
menghubungi Ustaz Haji Muhammad Azim bn Haji Ali di talian +673-8974981 (M) dan
Cikgu Hajah Hasni binti Haji Mohd Salleh di talian +673-8881131.
BORANG PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA ‘ALIYAH
QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI
2021-2024M