Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PENGURNIAAN TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1442H/2021M

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1442H/2021M telah mula diedarkan.

Oleh itu, semua permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1442H/2021M hendaklah dikembalikan dan sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Isnin, 06

Jamadilawal 1442H bersamaan 21 Disember 2020M. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.  

Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mengambil borang berkenaan pada hari-hari bekerja, iaitu jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang jam 2.00 petang hingga 3.30 petang di alamat seperti berikut:  

1. Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

2. Pejabat-Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Sukacita juga dinasihatkan kepada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan borang permohonan kurnia tambang fardhu haji supaya dapat mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu dengan menggunakan aplikasi ‘BruHealth’ dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke tempat-tempat pengambilan borang, mengamalkan penjarakan sosial (social distancing), memakai sungkup muka (face mask), hendaklah dalam keadaan yang sihat, jika berada dalam keadaan kurang sihat adalah tidak digalakkan dan sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan atau menggunakan gel pensanitasi tangan / ‘hand sanitizer’.

-TAMAT-

Disediakan oleh: Jabatan Urusan Haji,Kementerian Hal Ehwal Ugama Talian: 2382525 ext 286

Rujukan: KHEU/BPA/PR/OKT/2020 Tarikh:10hb Rabiulawal 1442H bersamaan 27hb Oktober 2020M

Attachments
Created at 31/10/2020 8:21 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 31/10/2020 8:26 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK