Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS ASAS HAJI (KAH) TAHUN 1442H

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Kursus Asas Haji (KAH) Tahun 1442H/2020M sebanyak 6 (enam) sesi bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sebagaimana keterangan berikut:

Tarikh: 27hb September, 04, 11, 18, 25hb Oktober, dan 01hb November 2020M,

Tempat Kursus:-

Daerah Brunei dan Muara

  • Masjid Sufri Bolkiah, Kampong Perpindahan Berakas;
  • Masjid Muhammad Bolkiah, Kampong Serusop;
  • Masjid Perpindahan Lambak Kanan, RPN Kampong Lambak Kanan;
  • Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri;
  • Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, STKRJ Kampong Rimba;
  • Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong;
  • Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong

    Daerah Belait ialah:-
  • Masjid Pekan Seria, Belait;
  • Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

    Daerah Tutong
  • Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong        

    Daerah Temburong 
  • Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti kursus tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas dengan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jabatan Urusan Haji iaitu dengan menggunakan aplikasi 'BruHealth' dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke tempat kursus, berwudhu dari rumah, membawa sejadah sendiri, telekung bagi perempuan, sungkup muka (face mask) dan mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) 1 meter apabila menghadiri kursus ini.          

    Peserta yang hadir hendaklah dalam keadaan sihat, mengambil pemeriksaan suhu badan serta mengelakkan dari bersalam-salaman dan hendaklah segera bersurai setelah kursus selesai.

 

Attachments
Created at 23/9/2020 2:16 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 24/9/2020 10:13 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK